Seperti yang umum ketahui Prasarana telah menawarkan tawaran istimewa pakej My30 Plus 30 – Beli 1, Percuma 1, bermula dari 21 Disember 2020 sehingga 31 Mac 2021 kelak.
Kini sekitar 1,283 pengguna telah dicatatkan menebus tawaran pas istimewa tersebut
Prasarana Malaysia Berhad mengatakan para pengguna boleh menebus pakej tersebut di dua bahagian iaitu Stesen LRT KL Sentral dan Pusat Bas Pasar Seni Rapid KL.
Bagi kios penebusan KL Sentral ia akan dibuka pada setiap hari sehingga jam 10.30 malam, sementara itu di Pasar Seni akan dibuka sehingga jam 7 malam. Kedua-dua kios terebut akan ditutup pada hari cuti umum dan Ahad sahaja.
Untuk makluman inisiatif pakej ini adalah bertujuan mengalakkan pelancongan domestik yang dibangunkan oleh Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia dibawah kementerian MOTAC.
Tarikh penebusan tersebut bermula semalam, 15 Januari sehingga 31 Mac 2021 ini, sebarang maklumat lanjut boleh layari pautan portal rasmi Rapid KL untuk pertanyaan