Artikel

IPT, Sekolah Tidak Boleh Mengenakan Syarat Wajib Ujian Saringan COVID-19 Kepada Para Pelajar

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mahupun sekolah tidak dibenarkan mengenakan syarat ke atas para pelajar untuk jalani ujian saringan COVID-19 berhubung kemasukan mereka.

Tindakan itu hanya dibenarkan kepada individu atau pelajar yang bergejala sahaja.

Kerajaan telah menetapkan syarat tersebut tidak terpakai pada kemasukan pelajar ke kolej, sekolah mahupun asrama.

Persetujuan ini diambil bagi memudahkan proses kemasukan pelajar ke institusi pengajian mereka. Namun semua pihak perluah sentiasa mengamalkan etikakesihatan yang telah digariskan, sekiranya terdapat pengesanan gejala – pelajar perlulah segera melakukan ujian saringan.