Artikel

Pelanggan Perlu Bersedia – Perkhidmatan Kurier Akan Terjejas Di Kala PKP

Para pelanggan yang masih menanti ketibaan barangan pos, di minta untuk bertenang.

Ini kerana syarikat kurier kini mengatakan akan terdapat gangguan berhubung perkhidmatan penghantaran barangan surat dan bungkusan. Aktiviti tersebut telah didorong berikutan pembatalan penerbangan antara Semenanjung dan bahagian Malaysia Timur.

Makluman itu adalah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini dilihat dapat mempengaruhi penyediaan industri kurier dan penghantaran pada pasaran domestik serta antarabangsa.

Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspes Malaysia (AMEC) menegaskan langkah proaktif akan di ambil seiring dengan pematuhan yang baik oleh ahli yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012. Tindakan itu akan dijamin supaya setiap penrkhidmatan yang dijalankan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Oleh itu pemain industri yang terlibat perlu menetapkan semula kaedah sistem operasi premis – tindakan ini bagi menjamin proses penghantaran dan permintaan tinggi pasaran perkhidmatan kurier dapat dipenuhi dengan baik.