Artikel

Isu Buruh Paksa: Pematuhan Amalan Pekerja Sawit Akan Diperkasakan

Sebelum ini, beberapa pengeluar negara seperti Sime Darby Plantations, telah dikaitkan dengan isu penggunaan buruh paksa dan kanak-kanak. Isu tersebut telah membawa kepada penahanan kemasukan produk.

Bagaimanapun dakwaan tersebut telah diselar.

Kerajaan ketika ini sedang memperkemaskan perancangan untuk tingkatkan amalan, hak pekerja dalam kalangan pemegang kepentingan industri sawit.

Datuk Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjelaskan pihaknya sebelum ini telah melaksanakan tinjauan bersama Pertumbuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Ternyata kajian 2017-2018 itu memaparkan kadar kelaziman buruh paksa, kanak-kanak adalah hanya 0.8% dan 0.2% sahaja. Malah berdasarkan dapatan audit pada RSPO, tiada sebarang pelanggaran peraturan telah dilakukan oleh pihak pengeluar.

Setakat ini, pihaknya masih menanti perincian berhubung penyalahgunaan tenaga kerja yang diperkatakan. Setelah memperolehi perincian tersebut maka penambahbaikan pematuhan hak asasi pekerja akan diperkemaskan.