Artikel

Mastercard Ingin Memperluaskan Penerimaan Bayaran Nirtunai Melalui “Cloud Tap on Phone”

Dalam usaha untuk memperluas penerimaan bayaran nirtunai, Mastercard kini sedang menguji penyediaan berasaskan awanan pada telefon pintar dengan Napa, penyedia perkhidmatan teknologi yang berpangkalan di California dengan Computer Engineering Group (CEG).

Untuk makluman, Cloud Tap on Phone adalah salah satu produk inovasi Mastercard, dengan perisian yang dihoskan di platform awanan Microsoft Azure.

Ini bermakna pelbagai perniagaan tanpa mengira saiz – dapat merasai pengalaman tanpa sentuhan baharu dengan menggunakan peranti yang sedia ada iaitu, telefon pintar.

Sementara itu, inovasi tersebut turut melampirkan sokongan Cloud Point of Sale (POS) mengubah telefon pintar atau tablet Android menjadi perangkat penerimaan bagi kaedah pembayaran ini.

Tindakan percubaan sistem awanan ini adalah disebabkan peningkatan penerapan kaedah pembayaran nirtunai telah meningkat 41% bagi tahun lalu. Selain itu, penularan pandemik COVID-19 juga telah menuntut syarikat untuk memperkasakan lagi sistem bayaran tanpa sentuhan ini, ia berupaya memudahkan semua pihak.

Adanya inovasi ini Mastercard dapat mengurangkan kos pembangunan dan penyelenggaraan, ini memberikan keselamatan dan memungkinkan penyebaran teknologi tanpa sentuhan dapat dipertingkatkan bersama pelanggan dan rakan niaga.

Malah, Mastercard turut menjangkakan sekitar 20% – 30% penerapan teknologi berkaitan pandemik akan kekal.

Peralihan itu merangkumi segalanya dari pembayaran nirtunai sehinggalah perkhidmatan teknologi lain,  semua generasi kini menggunakan lebih banyak perkhidmatan digital.