Grab, penyedia perkhidmatan seru-pandu yang popular di rantau Asia Tenggara, turut mempunyai penawaran kewangan mereka tersendiri, dan beroperasi dibawah syarikat Grab Financial Group.
Hari ini, mereka mengumumkan telah mengumpulkan dana sebanyak $300 juta daripada sejumlah pelabur dan diterajui oleh Hanwha Asset Management dari Korea Selatan.
Dengan pengenalan sedikit demi sedikit ciri kewangan, ramai yang menyasarkan Grab bakal menerajui pelbagai khidmat kewangan dan perbankan digital di rantau ini – dan semestinya suntikan dana ini akan mempercepatkan lagi pengenalan ciri-ciri tersebut di rantau Asia Tenggara.