Artikel

#FaktaRia – Toyota Dulu Menjual Semua Pegangan Saham Pada Tesla, Kini Tesla Lebih Bernilai Dari Toyota

Toyota merupakan salah satu syarikat pengeluar automotif yang terkenal di dunia. Pada tahun 2010 yang lepas, Toyota sedia mendapatkan sedikit pegangan pada Tesla – sekaligus bekerjasama dalam membangunkan kereta elektrik secara bersama.

Pada 2010, Toyota telah mendapatkan pegangan sebanyak $50 juta pada Tesla. Lanjutan daripadanya, mereka telah membangunkan kereta elektrik RAV4 di Kanada, dan telah menjual sekitar 2500 unit kenderaan berkenaan.

Apa pun, sepanjang kerjasama berkenaan, terdapat beberapa ketidak serasian antara kedua-dua pihak – membuatkan mereka memilih untuk memutuskan hubungan.

Menurut Reuters, Toyota telah menjual keseluruhan pegangan saham pada Tesla pada penghujung 2016 yang lepas, dan memutuskan segala kerjasama dengan Tesla. Toyota juga turut telah memulakan pembangunan kereta elektrik mereka tersendiri pada tahun 2016 tersebut.

Kini, dari segi nilai syarikat, Tesla sedia mendahului Toyota – sekaligus menjadikan mereka sebagai syarikat pengeluar kenderaan yang paling bernilai. Pada Julai 2020 yang lepas, nilai Tesla telah pun melangkaui Toyota – dan kini nilai saham Tesla terus meningkat dari hari ke hari, meninggalkan pelbagai pesaing di belakang.