Masih ada pihak yang tidak memahami maksud kontak rapat dalam sesi pengesanan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan kontak rapat adalah individu yang terdedah kurang daripada jarak fizikal 1 meter dan melebihi 15 minit dengan individu positif COVID-19.
Adalah amat penting utk menjalankan pengesanan kontak rapat kpd mereka yg terdedah kpd kes positif Covid-19 utk membendung jangkitan dgn segera. Kontrak rapat adalah mereka yg terdedah kpd kes positif kurang drp jarak satu meter & melebihi 15 minshttps://t.co/liwztX1QiS
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 13, 2021
Perkara ini penting untuk diketahui orang awam. Ia kerana dalam tempoh ini, semua pihak perlu mengetahui status mereka sekiranya mereka terdedah dengan kriteria sedemikian.
Penularan COVID-19 tidak dapat dibendung jika masih ada pihak yang alpa dan tidak memahami secara tepat berhubung makna kontak rapat. Adanya pemahaman jelas maka, ini akan memudahkan usaha petugas barisan hadapan membantu semua pihak.