Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini meletakkan tempoh sekitar 12 minggu diperlukan negara untuk mengawal kenaikan kes COVID-19.
Bagaimanapun, tindakan itu adalah bergantung kepada kepatuhan rakyat Malaysia.
Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr Noor Hisham mengatakan pihaknya turut menjangkakan berkemungkinan bulan Mei kes COVID-19 dapat diturunkan keluk peningkatannya.
Setakat ini, masih terlalu awal untuk menetapkan unjuran berhubung penularan pandemik tersebut – KKM akan kekal memantau dan memastikan kawalan ketika ini dapat memberi keputusan yang lebih baik pada tahap kesihatan negara.