Artikel

MTUC Jangka Lebih Ramai Akan Kehilangan Pekerjaan, Isu Pengangguran Perlu Di Atasi

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kini menjangkakan lebih ramai pihak akan kehilangan pekerjaan berhubung situasi semasa.

Oleh itu peringatan kepada semua majikan untuk mengelakkan daripada perbuatan tersebut berlaku.

Sebelum ini pihaknya telah meminta maklum balas dari Kementerian Sumber Manusia berkaitan kegusaran ini – namun setakat ini tiada sebarang tindakan dilakukan.

Tumpuan ketika ini adalah para pekerja kelas B40, dan M40 serta invididu yang menerima gaji secara harian. Kumpulan ini yang perlu ditingkatkan kaedah bantuannya.

Setakat ini kadar pengangguran negara telah mencapai 4.8% iaitu lebih 760,000 individu disahkan menganggur yang berdaftar di bawah KSM.

Sekiranya angka tersebut meningkat ini secara terus menunjukkan kadar kemiskinan mendadak juga bakal dialami oleh negara. Sehubungan itu pelbagai cara perlu dibantu oleh pihak majikan.