Artikel

Teruslah Berada Di Rumah, Tempoh 2 Minggu Ini Penting Untuk Negara – DG Noor Hisham

Gesaan ini telah nyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi ciapan Twitternya kepada seluruh rakyat Malaysia.

..Saya merayu kepada anda semua terus duduk di rumah. Tempoh dua minggu ini sangat penting untuk kita dan negara

Keperluan untuk terus kekal berada di rumah adalah penting untuk sistem kesihatan negara. Menurut DG Noor Hisham tempoh 2 minggu di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini harus dilakukan dengan sebaiknya bagi mendatarkan semula keluk peningkatan kes COVID-19.

Peringatan itu khusus buat individu yang bekerja pada sektor tidak berkepentingan dan individu yang disarankan bekerja dari rumah. Dengan adanya penerapan pengurangan pergerakan di kawasan zon merah – ia secara langsung menurunkan risiko penularan pandemik yang lebih besar untuk berlaku.