Artikel

Pembelian Roti Gardenia Dihadkan – Satu Bungkus, Untuk Satu Keluarga Di Melaka

Bagi membendung pembaziran dan pembelian panik – negeri Melaka telah mengehadkan jumlah pembelian beberapa barangan makanan asas. Antaranya adalah pembelian Roti Gardenia.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka – hanya satu bungkus Roti Gardenia untuk satu keluarga.

Tindakan itu untuk mengelakkan situasi yang sama berlaku pada Mac tahun lalu, di mana bekalan yang tidak mencukupi memberi kesukaran kepada semua pihak.

Selain Roti Gardenia, barang asas seperti telur, ayam, gula, tepung dan beras di pasar raya dan kedai runcit juga turut dihadkan jumlah pembeliannya.

Oleh itu, semua pengguna disarankan membeli barangan berdasarkan keperluan sahaja tidak membeli secara berlebihan.