Artikel

Pergerakan Rentas Negeri Tidak Dibenarkan Di PKP, PKPB Dan PKPP

Rakyat Malaysia diseluruh negeri kini diingatkan bahawa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali, kecuali mereka yang memiliki urusan penting sahaja.

Tindakan itu tertakluk kepada semua penduduk dibawah perintah kawalan PKP, PKPB dan PKPP.

Kenyataan ini telah ditegaskan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri pada sidang media Majlis Keselamatan Negera (MKN) petang ini.

Malah menurut DS Ismail, sekatan jalanraya akan dilakukan seperti sebelum ini – tindakan itu adalah untuk memastikan setiap perjalanan dapat dikawal oleh pihak berkuasa.

Namun bagi individu yang memiliki kebenaran dari pihak polis sahaja boleh melakukan pergerakan rentas negeri. Manakala kebenaran para pekerja yang perlu jalani rentas negeri perlu tertakluk kepada pengurusan syarikat.