Artikel

PM Muhyiddin Beri Jaminan, Aktiviti Ekonomi Beroperasi Seperti Biasa Sepanjang Darurat Ini

Operasi perniagaan akan berjalan seperti biasa meskipun negara sedang darurat.

Itu adalah jaminan yang diberi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang khas pagi ini.

PM Muhyiddin menegaskan walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat telah dikuatkuasakan namun kerajaan akan memastikan operasi seperti perdagangan, industri dan perniagaan kekal dapat diteruskan.

Malah melalui pelaksanaan darurat ia secara terus dapat menyeimbang dan menstabilkan semula tumpuan pemain industri dalam memulihkan semula sektor ekonomi negara.

Ini bermakna selain kesihatan, kedua-dua pelaksanaan tersebut turut membantu aliran ekonomi negara. PM Muhyiddin berharap langkah baik ini dapat membina kembali landasan negara pada tahap yang lebih baik.