Artikel

Majlis Perkahwinan, Aktiviti Sosial Tidak Dibenarkan Pada Kawasan PKP, PKP-B

Ternyata acara perkahwinan mahupun mana-mana acara sosial kini tidak dibenarkan untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bersyarat (PKP-B) di 12 buah negeri sahaja.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan bagi pihak yang terlibat perlu menangguhkan atau membatalkan acara tersebut bagi mengurangkan kadar kebolehjangkitan COVID-19.

Ini kerana tindakan acara berhimpun mampu meningkatkan risiko penularan pandemik.

Oleh itu, semua pihak termasuk pemain industri dalam ekonomi acara perkahwinan dan sosial perlulah menjadualkan semula kegiatan itu mulai 26 Januari 2021 kelak.

12 negeri yang terlibat ini adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sabah, Melaka, Pulau Pinang, (PKP) Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan (PKP-B).

Bagi negeri Sarawak dan Perlis dibawah PKP-P pula ia masih dibenarkan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Kerjasama semua pihak amat dihargai.