Artikel

PKP : Lima Sektor Dibenarkan Beroperasi Dan Dikategorikan Sebagai Sektor Ekonomi Perlu

Kerajaan akan melaksanaan PKP di enam buah negeri bermula hari Rabu ini, dan sebanyak lima sektor telah dikenal-pasti yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu.

Lima sektor berkenaan adalah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Sektor ini dibenarkan beroperasi kerana peranannya dalam menyokong kerja-kerja membekal keperluan asas, memastikan rantaian bekalan tidak terputus, dan menyokong infrastruktur kritikal dan kerja-kerja kecemasan.

Walaubagaimanapun, hanya 30% pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat, manakala bagi pekerja dalam kumpulan sokongan, jkumlah pekerja yang diperlukan akan ditentukan majikan masing-masing.

Seperti biasa, kerajaan meminta jumlah pekerja yang ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang telah ditetapkan.

Bagi sektor yang tidak disenaraikan sebagai sektor ekonomi perlu, arahan bekerja dari rumah akan berkuat-kuasa.