Artikel

Gerai Makan, Perniagaan Lain Pada Kawasan PKP Dibenarkan Beroperasi – Namun Dengan Perkhidmatan Pembungkusan Sahaja

Sidang perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan setiap gerai makanan dan peniaga di kawasan PKP kekal dibenarkan beroperasi.

Namun hanya perkhidmatan pembungkusan atau take away sahaja dibenarkan.

Tindakan ini bertujuan memutuskan penularan pandemik COVID-19 dan merendahkan angka kes postif negara.

Bagaimanapun, aktiviti perniagaan di kawasan PKP-B seperti Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala PKP Pemulihan di Perlis dan Sarawak kekal dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Tindakan PKP bermula 13 Januari sehingga 26 Januari ini dijamin tidak akan menjejaskan pertumbuhan aliran negara – namun ia dapat meningkatkan kekuatan negara dalam membendung penularan pandemik.