Susulan peningkatan kes positif COVID-19 semakin meningkat – pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar kini akan dikuat kuasakan mulai 13 Januari 2021.
Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang Perutusan Khas sebentar tadi – di mana PKP ini akan dilaksanakan sehingga 26 Januari 2021.
Bagaimanapun tindakan itu hanya tertakluk kepada 6 negeri sahaja, yang disahkan sebagai zon merah. Iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.
Antara tindakan lanjutan yang merangkumi penerapan PKP ini TIDAK DIBENARKAN dilaksanakan:
- Larangan perjalanan rentas negeri
- Sukan
- Aktiviti perkhawinan, majlis keramaian
Penularan pada kes tempatan dilihat semakin meningkat ini mendorongkan keputusan kerajaan bersama pihak penguatkuasa bersetuju melaksanakan perintah kawalan tersebut sekali lagi.
Tindakan tegas ini wajar dilakukan bagi menurunkan angka kes ke arah yang lebih terkawal.
Berita sedang dikemaskini.