Setakat ini hampir 105,000 pekerja asing telah menjalani ujian saringan COVID-19.
Ini bermakna sekitar lebih 780,000 dari angka keseluruhan 892,000 pekerja asing – masih tidak menjalani ujian saringan tersebut.
Oleh itu, pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini menggesa para majikan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut ke atas pekerja asing mereka.
Menurut PERKESO sebanyak 574 panel klinik telah disedia pada zon merah untuk memudahkan proses ujian saringan tersebut dilakukan.
Gesaan ini selaras dengan kewajipan yang telah dikuat kuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa mulai 1 Januari 2021 semua majikan wajib membawa pekerja asing dibawah tanggugnjawab mereka untuk jalani ujian saringan.