Artikel

Grab Bekerjasama Dengan Citi Dalam Menawarkan Pinjaman Segera Di Singapura

Grab kini telah memperkenalkan ciri memohon pinjaman kewangan segera terus melalui aplikasi, sekaligus memudahkan proses pinjaman kewangan mikro oleh para pengguna untuk beberapa tujuan, termasuk untuk perkahwinan, mengubah-suai rumah, dan beberapa perkara lain.

Untuk tujuan berkenaan, Grab bekerjasama dengan pihak Citi, dan menamakannya sebagai Citi Quick Cash. Buat masa ini, ia terhad untuk pengguna kad kredit Citi Credit Card di Singapura terlebih dahulu.

Grab Citi

Dengan penawaran ini, ia memudahkan pengguna Citi Credit Card untuk mengubah had kredit mereka kepada pinjaman berbentuk tunai yang boleh dibayar dalam ansuran bulanan. Langkah ini memberikan pengguna untuk memegang tunai dan menggunakannya untuk beberapa tujuan.

Buat masa ini, penawaran perkhidmatan pinjaman segera ini di Singapura sahaja. Tidak mustahil kita melihat ia diperluaskan ke negara-negara lain dalam masa terdekat. Sebelum ini, Grab turut pernah bekerjasama dengan Maybank untuk memperkenalkan kad kredit tersendiri. Mungkinkah kita melihat penawaran perkhidatan pinjaman segera di Malaysia hasil kerjasama dengan pihak Maybank kelak?