Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini akan menjalankan siasatan berhubung penularan COVID-19 di China.
Berdasarkan laporan Chinese Global Times terdapat 10 pakar asing yang dijadualkan akan tiba di Wuhan untuk mengenalpasti jangkitan tersebut.
Setakat ini lebih 1.94 juta kes kematian pandemik telah dicatatkan diseluruh dunia – manakala sekitar 90.6 juta rakyat dunia pula kini telah disahkan dijangkiti COVID-19.
Bagaimanapun, China mengatakan rundingan siasatan tersebut masih dijalankan bagi mengetahui masa yang bersesuaian untuk pelaksanaan tersebut.