Artikel

Sekiranya Pekerja Disahkan Positif COVID-19, Majikan Perlu Jujur – Kementerian Sumber Manusia

Beberapa hari ini, terdapat kritikan berhubung status operasi perniagaan memiliki pekerja yang disahkan positif COVID-19, namun tidak dimaklumkan oleh majikan.

Tindakan itu kerana segelintir majikan khuatir sekiranya pemberitahuan tersebut dilakukan – ia akan menjejaskan operasi perniagaan mereka.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyatakan kekesalan mereka berhubung tindakan yang dilakukan segelintir majikan itu.

Ini kerana ia bukan sekadar merisikokan pekerja yang terkesan bahkan, mampu memberi padah kepada individu persekitarannya.

Menurut Datuk Seri M. Saravanan – pihaknya telah memberi amaran kepada syarikat yang terlibat, jika terdapat pengesanan kes positif COVID-19 ia perlu dimaklumkan segera kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan susulan.

Amaran tersebut tidak tertakluk kepada syarikat berkapasiti besar sepertiĀ  pembinaan atau pembuatan – ia juga tertakluk kepada semua syarikat atau perniagaan yang terdapat diseluruh Malaysia.

Keperihatinan majikan mampu menyelamatkan ramai pihak khususnya kepada perniagaan yang melibatkan para pelanggan.