Berikutan tindakan penghasutan yang bakal meningkatkan risiko keganasan, Twitter kini telah mengharamkan dan menyekat akaun rasmi Donald Trump.
Langkah drastik Twitter itu berlaku setelah orang ramai menyerbu Amerika Syarikat Capitol, dan menyebabkan kekacauan sehingga mengakibatkan beberapa kematian.
Perkara ini telah disahkan menerusi ciapan Twitter Safety yang menegaskan sekatan ke atas akaun rasmi milik bekas Presiden AS itu dilakukan secara kekal atau selama-lamanya.
After close review of recent Tweets from the @realDonaldTrump account and the context around them we have permanently suspended the account due to the risk of further incitement of violence.https://t.co/CBpE1I6j8Y
— Twitter Safety (@TwitterSafety) January 8, 2021
Tump sebelum ini yang memiliki 88 juta pengikut pada akaun Twitternya telah melakukan 3 ciapan yang berunsur provokasi yang melanggar peraturan dasar integriti sivik Twitter dan perkara itu menyebabkan tindakan tatatertib ini diambil.