Tindakan selanjutnya akan dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada isnin hadapan, 11 Januari 2021.
Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) segala perincian dan pelaksanaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi sedang dilakukan.
Ini termasuklah peraturan berhubung operasi perniagaan dan sekatan perjalanan. Pelbagai perkara perlu diambil kira sebelum mencapai persetujuan.
Penilaian risiko ini sedang dilakukan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sama-sama kita nantikan pengumuman pada isnin hadapan.