Artikel

Para Peniaga, Pekerja Perlu Bersedia – Sekiranya Pelaksanaan PKP Bersasar Dijalankan

Antara perkara yang menjadi kebimbangan ramai pihak ketika ini adalah operasi perniagaan dan status pekerjaan individu.

Kedua-dua perkara ini dijangka bakal memberi kesan yang mendalam kepada pertumbuhan ekonomi serta kadar penganggguran Malaysia.

Pelbagai pemain industri PKS negara ketika ini mengatakan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar mampu menamatkan lebih banyak operasi perniagaan untuk bertahan.

Oleh itu, cadangan penyediaan program keusahawanan dan latihan digital perlu diperluaskan bagi memperkasakan kedudukan semua pihak.

Malah insentif bagi bantuan jangka masa pendek juga perlu diselaraskan untuk memastikan semua pihak bersedia menghadapi situasi ini. Ini termasuklah pemberitahuan dan makluman awal dapat dilakukan dengan jelas serta terperinci.

Melalui penerapan sedemikian sudah pasti aliran pertumbuhan ekonomi negara dapat bertahan dan terus mencatatkan angka pemulihan pada 2021 ini.