Artikel

Meskipun Sukar, Perluasan Suntikan Fiskal Negara Perlu Dipertimbangkan

Peningkatan suntikan pada perbelanjaan negara kini akan dilakukan untuk jangka masa pendek bagi menampung pakej rangsangan ekonomi Malaysia.

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara akui meskipun situasi ketika ini sukar namun itu adalah pelaksanaan terbaik yang perlu dilakukan oleh negara untuk semua rakyat.

Antara cabaran yang perlu diperhatikan adalah tindakan selanjutnya dalam pengurusan sumber negara dan unjuran risiko pada masa akan datang.

Setakat ini, kerajaan sedang merangka Akta Tanggung Jawab Fiskal dan seterusnya akan melaksanakan Strategi Hasil Jangka Sederhana bagi mencari alternatif pengurangan kadar kebergantungan negara pada hasil komoditi.

Selain itu, sistem percukaian juga akan diteliti semula bagi emastikan sistem tersebut tifak memberi kesan yang mendalam kepada isi rumah dan operasi perniagaan.