Burger King hari ini telah mengumumkan pengenalan logo dan penjenamaan baru untuk pemasaran, bungkusan dan juga restoran mereka – sekaligus memberikan nafas baru untuk jenama berkenaan setelah lebih 20 tahun.
Logo baru ini dilihat lebih ringkas, dioptimasikan untuk generasi peranti mudah-alih, selain disesuaikan dengan pelbagai bungkusan makanan mereka. Logo baru ini juga menyerupai rekaan logo Burger King yang digunakan pada tahun 1994 yang lepas, tetapi dengan sedikit perubahan padanya.
Penjenamaan semula ini telah diumumkan di Amerika Syarikat, dan dijangka diimplementasikan di negara-negara lain secara berperingkat selepas ini.