Korea Selatan tidak hanya terkenal dengan industri hiburan seperti kumpulan K-pop, dan drama televisyen sahaja – namun kini jualan ayam gorengnya turut diminati oleh seluruh rakyat dunia.
Berdasarkan laporan, jualan pasaran ayam goreng Korea ini telah mencecah pulangan sekitar RM27.3 bilion (AS$6.8 bilion) pada tahun 2020.
Peningkatan itu dapat diperlihatkan pada situasi semasa – di mana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan menjadikan ayam goreng sebagai antara pilihan utama makanan rakyat dunia dan pilihan dalam segmen pesanan penghantaran makanan.
Antara syarikat perkhidmatan makanan ayam goreng yang semakin meningkat naik adalah – Kyochon Chicken kini telah mencatatkan RM1.5 bilion jualan, manakala bhc pula mencatatkan nilai jualan RM1.4 bilion dan Genesis BBQ pula mencatatkan RM405 juta.
Malah lebih menarik, syarikat induk Kyochon Chicken iaitu Kyochon F&B telah menjadi cawangan pertama jualan ayam goreng yang disenaraikan pada papan bursa Korea Selatan – indeks pasaran saham KOSPI.