Artikel

Impossible Foods Turunkan Harga Borong 15%, Ingin Perluaskan Saingan Jualan Daging

Kurang dari setahun jenama Impossible Foods kini akan mengurangkan harga borong produknya sekali lagi kepada pengedar perkhidmatan makanan sebanyak 15%.

Pengurangan tersebut adalah usaha syarikat dalam meluaskan pasaran produknya, di samping pemintaan jualan ketika ini sedang meningkat tinggi.

Untuk makluman, dikala penularan COVID-19 -pendapatan perolehan Impossible Foods pada 2020 telah meningkat 6 kali ganda berbanding tahun 2019.

Sebelum ini makanan berasaskan tumbuhan tersebut telah menjalinkan rantaian bersama beberapa restoran makanan seperti Burger King, Starbucks, White Castle dan mulai memasuki pasaran pasaraya.

Syarikat yang berpangkalan di California dan merupakan pesaing Beyond Meat ini telah menawarkan RM27 bagi setiap 453 gram jualan – berbanding sebelum ini RM36 bagi 453 gram.

Bagaimanapun menurut Jabatan Pertanian AS – harga tersebut dilihat masih lebih tinggi berbanding harga daging lembu asli yang dianggarkan sekitar RM8 hingga RM12 untuk setiap 453 gram di pasaran.

Tetapi Patrick Brown, Ketua Pegawai Eksekutif Impossible Foods mengatakan penurunan tersebut tidak akan terhenti disitu ia akan dilakukan dari semasa ke semasa.