Artikel

PKP Bersasar Perlu Dilaksanakan, Bantu Negara Turunkan Jumlah Kes COVID-19 – DG Noor Hisham

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bersasar telah dicadangkan berikutan peningkatan kes positif COVID-19 semakin meruncing.

Kini 2,593 kes positif COVID-19 telah dicatatkan semalam, ini menandakan sistem kesihatan negara diambang tekanan tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan keperluan pelaksanaan PKP bersasar perlu dipertimbangkan bagi kawasan dan negeri tertentu sahaja.

DG Noor Hisham akui, sistem penjagaan kesihatan negara kini sedang dibawah tekanan tinggi susulan penambahan kes positif dari hari ke hari.

Sekiranya cadangan tersebut tidak dilaksanakan- ia mungkin akan menjadikan keadaan negara sepeti di awal pelaksanaan PKP 18 Mac lalu.

Setakat ini, perbincangan masih dilakukan dan kata putus akan dimaklumkan kadar segera.

Semua pihak perlulah mengekalkan pematuhan yang telah digariskan bagi menangani penularan wabak COVID-19.