Artikel

2,300 Tenaga Kerja Michelin Akan Terkesan, Sekitar 60% Akan Ditawarkan Skim Persaraan Awal Secara Sukarela

Kini sehingga 2,300 tenaga kerja Michelin – Syarikat pengeluar tayar Perancis akan terkesan dalam tempoh 3 tahun. Ini merangkumi 1,100 pekerja di pejabat, manakala 1,200 pekerja lagi bahagaian pengeluaran.

Tindakan itu adalah sebahagian usaha syarikat untuk memperkukuhkan operasi mereka di Perancis. Ini kerana persaingan pengeluaran tayar kos rendah telah merugikan pihak Michelin.

Bagaimanapun pengurangan tersebut akan membawa kepada pengurangan hampir 2% pekerjaan perkhidmatannya di seluruh dunia. Setakat ini, Michelin memiliki lebih 127,000 pekerja di seluruh dunia.

Michelin mengatakan langkah-langkah itu akan memberi penekanan hampir 60% dari pengurangan pekerjaan tersebut akan diberi pilihan skim persaraan awal secara sukarela.

Bagi perancangan masa hadapan, Michelin merancang untuk memperolehi pendapatan sekitar 30% dari pemasaran selain pengeluaran produk tayar.