Pasaran sawit dan nilai eksport sawit Malaysia dijangka lepasi sasaran RM70 bilion.
Angka itu lebih tinggi berbanding tahun 2019 yang mencatatkan RM67.5 bilion.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengatakan prestasi cemerlang ini tidak hanya menguntungkan perolehan import yang tinggi namun turut memberi manfaat kepada pekebun kecil.
Meskipun global dilanda penularan pandemik COVID-19, namun pasaran sawit kekal memaparkan peningkatan.
Malah penularan ini dilihat telah memaksa industri minyak sawit tempatan untuk mengkaji semula kaedah tradisionalnya dalam menjalankan perniagaan dan menjadi inovatif kepada pemasaran di era norma baharu ini.
Selain itu, antara inisiatif lain yang turut dipertimbangkan oleh industri sawit negara adalah membangunkan teknologi hijau dalam pasaran global, di samping meningkatkan bahagian pemasaran dan teknikal.