GoBear merupakan salah satu perkhidmatan kewangan berasaskan web yang memudahkan pengguna membuat perbandingan perkhidmatan kewangan dengan mudah. Sebelum ini, ia telah menawarkan operasi di beberapa buah negara, termasuk Malaysia.
Apa pun, kini GoBear mengumumkan akan menutup operasi mereka. Laman GoBear Malaysia sendiri kini hanya sekadar memaparkan beberapa artikel kewangan, dan tidak lagi menyediakan integrasi perbandingan perkhidmatan kewangan pada laman mereka.
Sebelum ini, GoBear sedia mengumpulkan dana sebanyak $97 juta (sekitar RM389 juta mengikut tukaran mata wang semasa). GoBear telah dimulakan pada 2015 yang lepas, dan nampaknya ia beroperasi sekitar hampir 5 tahun lebih sahaja.
Ia tidak diketahui sebab disebalik penutupan ini. Selain GoBear, beberapa syarikat memfokuskan kewangan turut telah menutup operasi sejak Covid-19 melanda 2020 lepas.