Pharmaniaga Bhd kini dijangka bakal tampil selaku pengedar utama vaksin COVID-19.
Jangkaan ini diperkatakan pada nota penyelidikan AmInvestment Bank Bhd menerusi prestasi yang dipaparkan oleh Pharmaniaga berhubung rangkaian pengedaran yang baik dan kukuh.
Malah pemilihan Pharmaniaga selaku antara syarikat pembotolan vaksin juga telah menunjukkan kreadibiliti mereka selaku syarikat farmaseutikal tempatan yang baik.
Selain jangkaan itu, AmInvest turut menyatakan beberapa perkara akan pulih untuk tempoh yang panjang seperti kesedaran kesihatan awam akan semakin meningkat dan perubatan juga turut memaparkan pertumbuhan yang baik.
Sementara itu, Pharmaniaga sebelum ini pernah menyatakan pihaknya bakal mewujudkan kemudahan penghasilan vaksin halal buat sektor kesihatan negara.
Berdasarkan perancangan semasa syarikat, selaku farmaseutikal terbesar negara – pihaknya menyasarkan pengeluaran vaksin halal pertama di dunia ini adalah bermula pada 2024 kelak.