Artikel

Pemberian Vaksin Secara Percuma Kepada Pekerja Asing, Ekspatriat – Kini Akan Diteliti

Cadangan pemberian vaksin secara percuma kepada buruh asing dan ekspatriat sedang dilakukan, ia akan dibawa kepada Kabinet bagi perbincangan lanjut.

Tindakan itu akan dilakukan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) dalam beberapa minggu lagi.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin perbincangan tersebut akan dicapai menerusi kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Dalam Negeri dan Luar Negeri.

Usul tersebut dilakukan bagi memberi jaminan keselamatan kepada semua pihak tidak hanya rakyat Malaysia sahaja. Ini bagi mengurangkan risiko yang sedia ada.

Sekiranya usaha ini dipersetujui semua pihak, para majikan perlu bertindak memastikan pekerja asing yang terlibat harus menerima vaksin yang akan diagihkan. Jika tidak, usaha negara membantu membasmi penularan COVID-19 adalah sia-sia.