Menerusi perkongsian bersama QUANTO dan Taku International, Aerodyne kini telah memperluaskan operasinya pada Austria, Switzerland, dan Jerman.
Perluasan ini secara tidak langsung akan memperkasakan kepakaran dalam bidang penyelesaian, keselamatan siber, kecerdasan buatan dan penglibatan projek berskala besar.
Kedua-dua entiti, QUANTO serta Taku akan berfungsi menawarkan penyelesaian dron pintar Aerodyne kepada perniagaan di seluruh industri.
Menurut Rossi Jaafar, COO Aerodyne – perkongsian tersebut adalah manfaat yang baik dalam memperkemaskan lagi strategi perniagaan syarikat.
Malah, kerjasama ini turut memberi keuntungan kepada pasaran Jerman, Switzeland dan Austria dengan penawaran optimum perkhidmatan dron pada industri.