Artikel

Sekitar RM16.6 Juta Akan Diperuntukkan Bagi Kemudahan Simpanan Vaksin Pfizer

Bagi penyediaan tempat simpanan bekalan vaksin Pfizer dan peralatan berkaitan, kerajaan kini akan memperuntukkan sekitar RM16.6 juta dana awam.

Untuk makluman, vaksin Pfizer memerlukan tempat simpanan yang dibawah suhu negatif -70 darjah celsius.  Maka, dana tersebut akan tertumpu kepada pembelian 55 bahagian penyejuk beku suhu ultra rendah yang akan digunakan untuk simpanan bekalan vaksin.

Khairy Jamaluddin – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi megatakan tempat simpanan sejuk beku itu dianggarkan bernilai sekitar RM70,000 hingga RM80,000.

Tidak hanya penyediaan tempat simpanan vaksin, namun pembelian tambahan peralatan perubatan lain yang terlibat juga akan dilakukan.

Segala kos penyediaan tersebut tidak termasuk dengan kos penghantaran pembekalan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, maka kos tersebut adalah dibawah tanggungan kerajaan.