Kini, lebih 200 tenaga kerja Google di bawah Alphabet – mula membentuk kesatuan pekerja.
Tindakan ini dilihat suatu gerakan yang luar biasa khususnya untuk firma teknologi Amerika Syarikat.
We started today with 200+ #AWU members, the result of more than a year of intense discussions, one-on-one's, & other organizing.
We ended today, our first day as a public group, with over 400 members.
It's the first Monday of 2021. We're going to keep it up this whole year.
— Alphabet Workers Union (@AlphabetWorkers) January 5, 2021
Ia bertujuan menjadi platform pekerja menyuarakan pandangan mereka berhubung amalan diskriminasi yang berlaku di dalam firma serta mengenalpasti kaedah terbaik dalam menangani pandangan negatif dan membawa perubahan kepada isu-isu di syarikat.
Pembentukan Kesatuan Pekerja Alphabet ini dilaksanakan setelah Google mulai memecat pekerja berprofil tinggi disebabkan menerima kritikan berhubung sistem kecerdasan buatan mereka, menentang isu gangguan seksual serta memperjuangkan gaji yang setimpal.
Untuk makluman kesatuan ini adalah gabungan bersama Pekerja Komunikasi AS, sebuah kesatuan yang mewakili pekerja di telekomunikasi dan media di Amerika Syarikat dan Kanada.
Bagaimanapun, pembentukan ini hanyalah mewakili sebahagian kecil sahaja dari lebih 130,000 pekerja di bawah Alphabet.
Penyertaan kesatuan ini terbuka tidak hanya dalam kalangan jurutera perisian, tetapi turut meliputi pekerja tetap dan sementara.