Berbeza dengan ibu kota negara lain, bandar Kuala Lumpur dijangka mengekalkan kadar sewaannya pada tahun ini.
Berdasarkan tinjauan PricewaterhouseCoopeers (PwC) pada laporan Emerging Trends in Real Estate Asia Pasific 2021 memaparkan Kuala Lumpur pada kedudukan ke 22 dengan mata 4.32 – menunjukkan pertumbuhan kadar sewaan tidak akan meningkat.
Berbanding Jakarta, permintaan dan kadar sewaan dilihat masih menunjukkan perningkatan. Ini didorong hasil pelaburan dan permintaan penduduk setempat.
Untuk Malaysia, perkara ini telah didorong beberapa faktor semasa. Antaranya adalah penerapan konsep Bekerja Dari Rumah – telah membuatkan ramai pihak tidak akan berpindah, dan akan kekal pada kediaman masing-masing.
Manakala kadar pengangguran yang tinggi pada 4.6% juga menyebabkan permintaan kediaman menjadi lebih rendah. Secara tidak langsung kehilangan penyewa tetap mampu mempengaruhi nilai kediaman tersebut.
Di mana, pemilik kediaman terpaksa menjual unit kediaman mereka pada harga asal yang jauh lebih rendah. Difahamkan pengurangan sehingga 40% telah dilakukan.
Ternyata penularan COVID-19 telah mengubah permintaan kediaman negara – malah isu lambakan kediaman juga telah lama wujud dan ini memberi kesulitan untuk peningkatan nilai sewaan.