Gojek dan Tokopedia kini dilaporkan sedang merancang penggabungan.
Kedua-dua entiti besar Indonesia itu dikatakan bakal memeterai perjanjian tersebut dalam masa beberapa bulan akan datang. Menurut laporan Bloomberg, gabungan kedua-dua entiti ini secara tidak langsung akan membawa kepada nilai lebih RM72.2 bilion (AS$18 bilion).
Menerusi gabungan ini secara terus dapat meluaskan perkhidmatan teknologi kedua-dua entiti dan mengurangkan jurang persaingan perluasan perkhidmatan.
Malah berdasarkan sumber, perancangan tersebut telah mula dipertimbangkan sejak tahun 2018 lagi. Kesepakatan ini secara terus memberi penekanan yang besar kepada pesaing terdekat Grab.
Bagaimanapun, setakat ini kedua-dua wakil entiti masih tidak memberi sebarang maklum balas berdasarkan laporan itu.