Artikel

Semakan Status Permohonan KWSP Bagi Pengeluaran i-SINAR, Dilihat Tidak Seimbang

Rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dilihat semakin keliru berhubung kelayakan permohonan pengeluaran Akaun 1 i-SINAR tersebut.

Ini kerana terdapat pihak yang sepatutnya layak – telah dinafikan permohonannnya. Sementara itu, terdapat pula pihak mengatakan individu yang masih mencarum boleh melakukan pengeluaran Akaun 1 tanpa sebarang masalah.

Perkara ini dilihat membingungkan segelintir pencarum.

Berdasarkan makluman sebelum ini, pihak KWSP telah mengariskan terdapat dua kategori iaitu pertama yang layak memohon adalah ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori pertama seharusnya tidak melakukan sebarang caruman sekurang-kurangnya selama 2 bulan semasa permohonan ATAU mengalami pengurangan gaji pokok sekitar 30% dan keatas setelah Mac 2020.

Bagi kategori pertama tiada sebarang sokongan dokumen diperlukan, kelulusan akan diperolehi secara automatik berdasarkan data KWSP dan permohonan boleh dilakukan mulai 21 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021 ini.

Sementara itu, bagi kategori kedua pula boleh dimohon mulai 11 Januari 2021 ini.

Bagi anda yang telah melakukan permohonan, boleh melakukan semakan pada pautan isinar.kwsp.gov.my.