Artikel

Pelan Vaksinasi Kebangsaan Akan Ditentukan Khamis Ini – KJ

Perancangan pelan vaksinasi kebangsaan dijangkan akan ditentukan pada Khamis ini.

Untuk makluman rakyat negara dijangka perolehi agihan bekalan vaksin pada Februari hadapan.

Menurut Khairy Jamaluddin – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mesyuarat jawatankuasa bekalan vaksin ini akan memaklumkan perancangan kempen tersebut.

Perbicangan akan meliputi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi perancangan agihan dan penempatan simpanan bekalan.

Selain itu, tindakan mengurangkan sentuhan fizikal menerusi Ekonomi Sentuhan Rendah juga bakal dilaksanakan bersama kerjasama Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membangunkan penggunaan robotik serta membawa perubahan kepada persekitaran ekonomi negara.

Usaha itu secara terus dapat mengurangkan penglibatan individu pada tempat awam dan merendahkan sentuhan fizikal. Ini dapat membantu mengurangkan jumlah kes COVID-19.