Artikel

Jepun Rancang Isytihar Darurat Pada Beberapa Wilayah Dan Tokyo – Laporan

Jepun kini dikhabarkan merancang isytihar darurat pada beberapa wilayah dan di Tokyo.

Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada hari ini. Tindakan itu susulan daripada peningkatan kes COVID-19 yang semakin meruncing.

Laporan agensi berita Xinhua itu turut memaklumkan Jepun turut merancang melaksanakan kempen vaksin COVID-19 pada akhir Februari kelak.

Setakat ini, Jepun telah mencatatkan kes COVID-19 keseluruhan sebanyak 240,954 kes, manakala sekitar 3,548 kes kematian telah dicatatkan dan 198,486 kes pula telah pulih sepenuhnya.