Artikel

Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia Meningkat 0.6%, Persekitaran Kerja Antara Yang Bertambah Baik

Ternyata kesejahteraan rakyat Malaysia kini papar peningkatan 0.6% pada 2019 kepada 121.0 mata berbanding 120.3 mata pada 2018.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu memaparkan catatan indeks tersebut dipengaruhi dengan beberapa indikator seperti kesejahteraan dari aspek ekonomi yang meningkat 2.3% manakala kesejahteraan sosial pula mencatatkan penurunan pertumbuhan -0.6%.

Apa yang menarik indikator persekitaran pekerjaan telah meningkat dengan mendadak dari 119.4 mata kepda 124.6 mata iaitu 4.4% – di mana ini adalah elemen penting dalam menyumbang kepada keselamatan dan ketenangan fikiran.

Faktor itu secara terus dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja tempatan.

Peningkatan indeks kesejateraan ini turut diikuti komponen pengangkutan 3.9% dan pendidikan pula 2.8%.