Artikel

Lebih 50 Negara Kini Lancarkan Kempen Vaksin COVID-19

Setakat ini, lebih 50 negara di seluruh dunia telah mula melancarkan kempem vaksinCOVID-19 terhadap rakyat negara.

China tampil negara yang mendahului dalam pembekalan vaksin tersebut kepada rakyat, di mana hampir 5 juta rakyat China kini telah diberi vaksin Sinopharm dengan data kadar keberkesanan sekitar 79%.

Selain itu, Rusia, Argentina dan Algeria turut mengikuti langkah yang sama dalam pemberian vaksin kepada rakyat mereka.

Manakala Britain, pula tampil sebagai negara barat pertama yang meluluskan pemberian vaksin Pfizer bermula 8 Disember dan 27 Disember kepada hampir 950,000 individu.

Setelah itu, diikuti negara barat yang lain seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada yang telah mulai mengagihkan vaksin pada 14 Disember. Kira-kira 2.8 juta rakyat AS telah mula menerima dos pertama COVID-19.

Bagi rakyat Malaysia pula dijangka kumpulan pertama akan diperolehi pada Februari 2021 ini. Seterusnya pembekalan vaksin tersebut akan terus diperolehi sehingga penghujung 2021, dijangka bekalan melebihi 80% itu akan memenuhi bekalan mengikut jumlah populasi 26.5 juta rakyat negara.