Bank Negara Malaysia kini telah mengeluarkan Dokumen Dasar Rangka Kerja Pelesenan Bank Digital (Dokumen Dasar), sekaligus membawa pembangunan bank digital di Malaysia setapak kehadapan lagi.
Melalui dokumen ini, ia akan memudahkan penggunaan teknologi dalam meningkatkan kesejahteraan kewangan individu dan perniagaan – sekaligus membuka peluang kepada syarikat-syarikat teknologi, kewangan dan sebagainya untuk memohon lesen bank digital ini.
Untuk operasi awal bank digital ini, BNM menetapkan nilai ambang penetapan had aset yang tidak boleh melebihi RM3 bilion untuk tempoh tiga hingga lima tahun operasi.
Langkah ini akan memudahkan pemmantauan prestasi bank digital berlesen, dan sebarang risiko yang timbul daripada operasi berkenaan.
Menurut BNM, permohonan menjalankan perniagaan bank digital ini boleh dikemukakan selewatnya pada 30 Jun 2021 kelak. Dan sehingga lima lesen akan dipertimbangkan kepada pemohon yang layak.
BNM akan memaklumkan berkenaan pemberian lesen bank digital ini pada suku pertama 2020 kelak.