Artikel

IKEA Damansara Ditutup – Mengesahkan Terdapat Kes Postif COVID-19

IKEA Damansara kini memaklumkan operasi mereka terpaksa ditutup, berikutan pengesahan beberapa kes postif COVID-19 berpunca daripada kakitangan dan rakan perkhidmatan mereka.

Kenyataan itu telah dimaklumkan menerusi Facebook rasmi mereka pada hari ini (2 Januari).

Sehubungan itu, permohonan maaf telah dilakukan oleh IKEA Damansara berhubung situasi yang sedang berlaku. Proses sanitasi dan pembersihan sedang dilakukan dengan kadar segera.

Setakat ini, kerjasama IKEA dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dilakukan bagi menjejaki kontak rapat dan pelanggan yang terlibat.

Oleh itu, orang ramai dinasihati kekal mengamalkan garis panduan kesihatan yang ditetapkan. Teruskan memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci serta sanitasi tangan anda.