Artikel

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan – PKPP, Dilanjutkan Sehingga 31 Mac 2021

Seperti umum sedia maklum, negara secara keseluruhan ketika ini sedang berada dibawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Seharusnya penguatkuasaan ini berakhir pada 31 Disember 2020, namun ia telah dilanjutkan kepada 31 Mac 2021 kelak.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) mengatakan pelaksanaan PKPP akan diteruskan bagi memastikan penularan COVID-19 dapat ditangani dengan baik.

Keputusan tersebut telah direkodkan pada Warta Kerajaan Persekutuan – ini adalah hasil kesepakatan bersama berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disebebkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 telah tinggi.

Untuk makluman pembaca negara ketika ini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Diperketatkan (PKPD). Manakala PKPP pula adalah fasa pemulihan kawalan penularan yang dilakukan secara menyeluruh.