Artikel

2021 : Apa Yang Dijangka Akan Berlaku?

Ini 5 perkara yang penulis jangkakan akan berlaku pada tahun ini, 2021.

Pertama: Kes COVID-19 Malaysia Akan Terus Meningkat, Disebabkan Keselesaan Rakyat Kerana Miliki Bekalan Vaksin

Susulan jaminan kerajaan mengatakan lebih 80% bekalan vaksin COVID-19 akan mula diagihkan pada tahun ini, maka penulis berpendapat orang ramai mulai selesa.

Selesa yang diperkatakan adalah TIDAK BERDISPLIN dalam mengamalkan garis panduan COVID-19.

Perkara ini dibuktikan dengan peningkatan kes COVID-19 dari hari ke hari. Paling tertinggi kes dicatatkan, sekitar lebih 2,500 kes postif sehari.

Benar, rata-rata kes bersifat setempat dan terdiri daripada kluster pekerja asing. Namun penularan itu tetap akan berlaku.

Tiada guna menyalahkan satu sama lain, sekiranya kesemua pihak tidak menjalankan peranan sewajarnya.

Penulis melihat, orang ramai mulai memenuhi semua kawasan tanpa sebarang penjarakan. Tidak kerap menggunakan sanitasi. Malah, tidak berwaspada di kala bergerak ke satu kawasan ke suatu kawasan yang lain.

Untuk makluman kalian, memiliki vaksin adalah suatu nikmat yang baik buat seluruh masyarakat Malaysia, namun ia bukanlah penawar kepada virus COVID-19 ini.

Vaksin berfungsi sebagai pemangkin untuk sistem immunisasi badan kita menghasilkan antibodi bagi melawan organisma mikro yg boleh menyebabkan penyakit kepada manusia. Ini bermakna vaksin merupakan satu cara bagi membentuk immunisasi terhadap satu penyakit.

Untuk mengenal pasti dan memerangi bakteria atau virus yang merbahaya kepada kita.

Maka, tugas kita adalah untuk KEKAL BERDISPLIN DALAM MENGAMALKAN GARIS PANDUAN, bagi mengurangkan kadar keberhangkitan tersebut.

Kedua: Sistem Pengambilan Pekerjaan Akan Terus Bersifat Kontrak, Atau Tidak Tetap

Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) pada Belanjawan 2021 akan menawarkan 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini. Ini merangkumi perbelanjaan sejumlah RM3.7 bilion.

Di mana, alternatif ini melibatkan peningkatan peluang pekerjaan yang berkemahiran dan latihan secara berperingkat akan dibangunkan.

Namun, penulis melihat sistem pekerjaan ini akan bersifat kontrak atau tidak tetap. Apabila kerajaan sendiri telah mulai mewujudkan penerapan pekerjaan secara tidak tetap maka, ramai pihak lain akan turut melaksanakan tindakan sama.

Perkara itu dilihat akan merugikan para pekerja. Malah, ini yang akan mendorong kepada peningkatan penglibatan para pekerja dalam industri gig ekonomi.

Seperti umum sedia maklum – sehingga kini 4 juta pemain gig ekonomi tidak menerima manfaat yang sewajarnya. Bahkan, perolehan pendapatan juga semakin berkurangan disebabkan terlalu ramai individu mulai terlibat untuk menjana pendapatan tambahan.

Ketiga: Pelancongan Domestik Perlu Diberi Tumpuan Dan Diperbaharui Pembangunannya

Semua pihak kini diseru untuk melancong bagi mempertingkatkan pelancongan domestik negara.

Selaras dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada perjalannan rentas negeri dan daerah kepada rakyat negara kecuali kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kini mengajak orang ramai untuk meningkatkan pertumbuhan pelancongan domestik negara.

Sejumlah RM200 juta kini diperuntukan pada pelan pemulihan sektor pelancongan pada Belanjawan 2021. Antara agenda yang akan difokuskan kepada peruntukan tersebut adalah meningkatkan semula pelancongan domestik, industri kreatif dan industri kraftangan.

Meskipun galakan pelancongan domestik ini disarankan namun penetapan garis panduan keselamatan KKM telahpun diselaraskan. Oleh itu, semua pihak masih perlu kekal mematuhinya.

Keempat: Pelaburan Syarikat Teknologi, Penerapan Digitalisasi – Bank Digital & Nirtunai Mulai Menjadi Fokus Dunia

Berbicara tentang syarikat teknologi dan digitalisasi, Malaysia antara negara Asia yang telah jauh keterdepan memajukan insiatif ini.

Ia telah dibuktikan menerusi keyakinan para pelabur modal teroka yang telah memasuki pelaburan pada industri startup negara. Penglibatan 8 pengurus dana modal teroka (venture capital -VC) seperti Amerika Syarikat, China, Korea, Indonesia dan Singapura telah merancakkan kembali aktiviti ekonomi negara.

Sementara itu, bagi penerapan digitalisasi pula kita dapat melihat pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) telah mula dikuasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Lebih menarik kini tumpuan negara telah mula diperluaskan kepada inisiatif bank digital – iaitu kelulusan pinjaman kepada institut dompet digital dapat dinikmati oleh seluruh pihak. Tetapi risiko bank digital ini akan mendorong kepada peningkatan kadar hutang individu.

Manakala, penerapan digitalisasi lain juga turut memperlihatkan peningkatan peralihan dari syarikat tradisional kepada atas talian – menunjukkan para peniaga pantas mengubah haluan konsep operasi kepada trend semasa.

Malah, pendidikan negara juga dilihat semakin seimbang dalam melaksanakan penerapan pembelajaran secara atas talian – namun masih terdapat pelbagai faktor perlu diperbaiki khususnya pemilikan peranti pintar dan penawaran sambungan internet perlu dinaiktaraf.

Kelima: Konsep Bekerja Dari Rumah Dorong Lebih Banyak Pembentukan Syarikat Berskala Kecil – Ini Akan Menjana Keuntungan Lebih Tinggi & Kos Rendah

Kini kaedah bekerja dari rumah untuk penjawat awam di seluruh negara mula diperluaskan, bagaimanapun ia tertakluk kepada arahan majikan dan syarikat yang terlibat.

Bagaimanapun, penerapan konsep bekerja dari rumah ini mampu menyebabkan majikan membentuk syarikat berskala lebih kecil – ini kerana kos operasi lebih rendah namun masih mampu menjana keuntungan pada had maksimum.

Kenyataan itu secara terus dilihat kurang seimbang untuk kadar pengangguran negara – bahkan mungkin dapat mempengaruhi kadar gaji asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sebelum ini Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) telah menyuarakan “Tidak Wajar Bayar Gaji Penuh” kepada mereka yang berkerja dari rumah. Produktiviti  tugasan tersebut tidak dapat diukur. Ini bermakna aliran tunai operasi turut akan terjejas disebabkan sekatan PKPB, memperlahankan gerak kerja mereka.

Meskipun pulangan syarikat tinggi, namun pembentukan perniagaan skala kecil ini tidak membantu menurunkan kadar pengangguran negara.