Artikel

Seramai 6,077 Graduan Dijangka Memperolehi Penempatan Pekerjaan – KPT

Para graduan kini boleh menarik nafas lega berhubung kegusaran memiliki peluang pekerjaan pada pasaran negara.

Ini kerana Menteri Pengajian Tinggi – Datuk Dr Noraini Ahmad mengatakan sekitar 6,077 graduan bakal memperolehi penempatan peluang pekerjaan.

Jangkaan jaminan peluang tersebut adalah didorong dari hasil penubuhan program Career Advancement dibawah KPT dengan peruntukan sebanyak RM34.8 juta.

Program itu dijangkakan dapat memanfaatkan sekitar 7,596 graduan. Program berbentuk latihan masa pendek ini dirangka bersama program keusahawanan, penempatan pekerjaan dan penglibatan ekonomi gig.

Usaha ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tahap kadar pengangguran negara ketika ini iaitu 4.6%.